Mansuh hukuman mati mandatori

Ahli Parlimen Malaysia:

"Meluluskan pindaan pemansuhan hukuman mati mandatori demi sistem kehakiman negara yang lebih adil, saksama, dan menjunjung hak asasi manusia"

Masukkan e-mel anda:
Dengan meneruskan anda bersetuju untuk menerima e-mel Avaaz. Dasar privasi kami akan melindungi data anda dan menjelaskan bagaimana ia digunakan. Anda boleh berhenti melanggan pada bila-bila masa sahaja.

Tandatangan terkini

Mansuh hukuman mati mandatori
Ketika ini, 1327 orang sedang berdepan dengan kematian di penjara Malaysia — kebanyakan disebabkan oleh para hakim kita terpaksa memberi hukuman mati ke atas kesalahan tertentu, ada antaranya kesalahan tidak berat.

Namun kerajaan telah bersetuju untuk meminda undang-undang dan dalam beberapa hari, ahli parlimen boleh mengundi sebuah akta yang akan memberikan hakim lebih banyak kebebasan untuk menjatuhkan hukuman yang setimpal dan berperikemanusiaan.

Pakar-pakar mengatakan bahawa hukuman mati mandatori tidak berkesan, menindas golongan miskin, dan tidak menangani pandamik dadah - sebaliknya memburukkan keadaan dengan menghalang sistem kehakiman yang lebih adil dan saksama yang mampu mengatasi punca masalah serta menegakkan hak asasi manusia. Lebih daripada 100 buah negara sudah pun bertindak menyedari hakikat ini.

Kini, ada pihak yang ingin melihat sistem kehakiman negara kita gagal menuju ke hadapan - jika adanya sokongan padu daripada kita, kita boleh menunjukkan hasrat murni rakyat Malaysia kepada para ahli parlimen - Tandatangan sekarang dan kongsi dengan rakan dan keluarga anda:
Disiarkan:

Kongsi Kepada Rakan Anda