Cara Avaaz: Bagaimana Kita Berfungsi
Melalui teknologi, fleksibiliti dan kelincahan yang baru
Kumpulan antarabangsa dan gerakan sosial dahulunya perlu membina cawangan bagi setiap isu, tahun demi tahun dan negara demi negara sehingga mencapai skala yang cukup besar dalam membawa perubahan.Pada hari ini, berterima kasih kepada teknologi baru dan peningkatan kebergantungan antara satu sama lain secara global, had dan limitasi yang terdahulu itu tidak lagi wujud. Tidak seperti badan-badan sivil lain yang terdiri daripada rangkaian peringkat nasional dengan kakitangan, bajet dan struktur pembuat keputusan masing-masing, Avaaz mempunyai sebuah pasukan antarabangsa dengan satu mandat terhadap segala isu yang melibatkan kepentingan orang ramai. Struktur Avaaz membolehkan kempen diadakan dengan cukul fleksibel dan lincah, penuh fokus dan skala yang mampu membawa perubahan.
Komuniti atas talian Avaaz boleh bertindak sebagai pembesar suara bagi menarik perhatian terhadap sesuatu isu; menterjemahkan isu yang menjadi kebimbangan orang ramai dalam kempen, mengambil tindakan segera terhadap isu kecemasan dan mengubah bentuk advokasi bagi memenuhi keperluan dan kepentingan orang ramai.
Keutamaan dan kekuatan anggota Avaaz
Setiap tahun, Avaaz menetapkan matlamat berdasarkan tinjauan pendapat anggota. Idea kempen kami diuji dan diundi tiap-tiap minggu terhadap 10,000 anggota secara rawak dan hanyalah inisiatif yang menerima sambutan yang menggalakkan sahaja akan dikembangkan kepada seluruh anggota, biasanya disokong kuat oleh ratusan ribu anggota Avaaz dalam masa beberapa hari ataupun beberapa jam sahaja.Etika kepimpinan demi orang ramai
Kakitangan Avaaz menulis e-mel peringatan kepada komuniti Avaaz dengan cara seperti menyampaikan taklimat ringkas kepada seorang presiden atau perdana menteri: kami menyampaikan maklumat penting kepada pembaca dalam masa yang singkat bagi membuat keputusan terhadap kempen-kempen yang diadakan.Bagi memastikan saat-saat itu dimanfaatkan dengan sebaiknya, kakitangan kami berperanan dalam mencari kaedah yang terbaik untuk menyampaikannya dalam beberapa minit dan disokong oleh orang yang ramai dan seterusnya akan mencapai perubahan yang signifikan terhadap isu penting tersebut. Kakitangan bekerjasama dengan rakan kongsi dan pakar pakar bagi merangka strategi kempen yang berasaskan anggota; diringkaskan dalam bentuk yang jelas dan menarik. Sekiranya anggota-anggota memilih untuk meneruskan, pasti akan dilaksanakan dengan sempurna termasuklah menghantar petisyen dan mesej-mesej anggota, menguruskan iklan kempen yang disokong oleh anggota ataupun apa sahaja yang diperlukan.
Dalam erti kata lain, kakitangan Avaaz tidak menetapkan agenda dan kemudiannya meyakinkan anggota untuk sertai bersama. Hampir sebaliknya: kakitangan Avaaz mendengar suara anggota dan mencadangkan langkah yang boleh diambil bagi membawa kesan yang nyata di dunia. Kebanyakan kempen kami yang berjaya adalah dicadangkan oleh anggota Avaaz. Kempimpinan adalah elemen penting: memerlukan visi dan kemahiran untuk mencari jalan bagi membina dunia yang lebih baik.
Kami fokus pada krisis di saat-saat penting dan peluang
Dalam satu-satu isu, saat penting tiba ketika sesuatu keputusan perlu dibuat. Bantahan besar-besaran orang ramai yang membawa perubahan juga boleh tiba di saat penting seperti itu, biasanya mengambil masa yang panjang atas usaha mereka yang sangat berdedikasi. Namun, ketika saat penting tiba dan mendapat perhatian orang ramai, sesuatu keputusan perlu dibuat oleh pemimpin dengan mengambil kira persepsi terhadap kesan keputusan tersebut . Ini adalah masa yang singkat dalam sesebuah krisis dan merupakan peluang bagi komuniti Avaaz untuk bertindak.Tanpa kira mana-mana negara dan isu, saat penting itu hanya muncul sekali atau dua sahaja dalam setahun. Oleh sebab Avaaz boleh bertindak di semua negara dan semua isu, saat-saat penting ini boleh muncul beberapa kali dalam seminggu.
Model kami yang disokong oleh anggota menjamin akauntabiliti dan saling bergantungan
Disebabkan Avaaz disokong sepenuhnya oleh anggota, akauntabiliti demokratik berada dalam DNA kami. Tiada tajaan syarikat atau kerajaan yang boleh memaksa Avaaz mengalihkan keutamaan bagi memenuhi agenda tertentu. Kami tidak menerima tajaan daripada syarikat atau kerajaan. (Baca lebih lanjut tentang sebab menderma kepada Avaaz di sini dan menyumbang di sini.)Daripada berpecah-belah, kami bersatu-padu berlandaskan nilai
Gerakan, pakatan dan organisasi selalunya berpecah mengikut peredaran masa ataupun menumpukan masa dan tenaga dalam usaha menyatukan semula perpecahan. Di Avaaz, kami menyedari bahawa pasti wujudnya ketidaksetujuan terhadap perkara tertentu; daripada cuba mencapai persepakatan, setiap daripada kami hanya memilih untuk menyertai mana-mana kempen.Walau bagaimanapun, setiap kempen Avaaz berlandaskan nilai-nilai, mengakui bahawa kita semua adalah manusia dan mempunyai tanggungjawab antara satu sama lain, generasi akan datang dan planet kita. Isu-isu yang kami usahakan mempamerkan nilai-nilai tersebut. Avaaz sering menemui perkara yang sama: orang ramai yang menyertai komuniti ini melalui sebuah kempen, akan menyertai kempen seterusnya dan terus menyokong kempen selepas itu. Ini menjadi sumber harapan kita: membina jambatan antara dunia yang kita ada dengan dunia yang diinginkan ramai.