Iraq: Jangan benarkan perkahwinan kanak-kanak

Kepada Parlimen Iraq, serta rakan diplomatik dan perdagangan Iraq:

Membenarkan kanak-kanak perempuan dikahwinkan seawal usia 9 tahun, dan menafikan hak asas wanita, akan memberi kesan negatif yang berleluasa dan amat serius kepada berjuta-juta nyawa, serta mencemarkan imej Iraq. Sebagai warga sedunia, kami merayu kepada anda untuk melakukan segala yang mampu untuk menghentikan pindaan undang-undang yang zalim ini.

Masukkan e-mel anda:
Dengan meneruskan anda bersetuju untuk menerima e-mel Avaaz. Dasar privasi kami akan melindungi data anda dan menjelaskan bagaimana ia digunakan. Anda boleh berhenti melanggan pada bila-bila masa sahaja.

Tandatangan terkini

Iraq: Jangan benarkan perkahwinan kanak-kanak

Ia akhirnya boleh mengesahkan rogol kanak-kanak.

Ahli Parlimen di Iraq, yang majoritinya terdiri daripada kaum lelaki, ingin meminda undang-undang hal ehwal keluarga. Langkah ini boleh memaksa gadis seawal usia 9 tahun untuk berkahwin. Mereka turut menggunakan taktik tidak beretika, mengorbankan hak kanak-kanak perempuan dan wanita demi kepentingan politik mereka.

Wanita Iraq terpaksa mengorbankan keselamatan dan kebebasan diri mereka demi menyelamatkan anak-anak gadis daripada kezaliman ini. Mereka kini memohon sokongan kita dari seluruh dunia untuk berdiri bersama mereka.

Masih terdapat secebis harapan: dua kali sebelum ini, bantahan besar-besaran berjaya menghentikan cubaan menghapuskan perlindungan terhadap anak-anak gadis dan wanita. Aktivis tempatan percaya bahawa, dengan mengumpulkan suara sedunia dan meningkatkan tekanan terhadap kerajaan Iraq menjelang pilihan raya utama, masih ada peluang untuk membuat perubahan. Kita mesti menghentikan rang undang-undang ini sebelum fasa pengundian bermula. Tandatangani SEKARANG, dan kami akan membantu memastikan suara wanita Iraq didengari di seluruh dunia!

*Imej yang digunakan dalam kempen ini adalah seorang pelakon muda Itali yang menghadiri sebuah acara untuk mengecam perkahwinan kanak-kanak di Itali.

Kongsi Kepada Rakan Anda