Dengan meneruskan, anda menerima Dasar Privasi Avaaz yang menjelaskan tentang bagaimana platform ini boleh digunakan dan aspek keselamatan.
Ya
Kami menggunakan 'cookies' untuk menganalisa bagaimana pengunjung menggunakan laman ini dan membantu kami menawarkan pengalaman penggunaan yang terbaik. Lihat Dasar Cookie .\n
OK

Tentang Kami Halaman Utama

Tentang Petisyen Komuniti di Avaaz

Petisyen Komuniti Avaaz Memperkasa setiap insan dalam usaha merealisasikan dunia yang diinginkan ramai melalui atas talian.

Petisyen Komuniti merupakan sebuah platform yang memberi kuasa kepada orang ramai di seluruh dunia untuk memulakan dan menjayakan kempen di peringkat tempatan, nasional dan peringkat antarabangsa.

Petisyen Komuniti adalah bahagian yang bersumberkan orang ramai di Avaaz, sebuah gerakan jaringan global paling besar yang membawa politik berasaskan orang ramai kepada pembuat keputusan di mana-mana sahaja. Setiap minggu, berjuta-juta orang daripada pelbagai lapisan masyarakat di setiap negara melancarkan tindakan melalui Avaaz terhadap isu yang menekan, dari isu rasuah, kemiskinan, konflik, sehinggalah ke perubahan iklim.

Model Avaaz yang dijalankan melalui Internet membolehkan usaha ribuan individu walau bagaimana kecil sekalipun, bila bergabung akan menjadi sebuah kuasa yang jitu. Dengan adanya Petisyen Komuniti, kita boleh menggunakan platform ini untuk melancarkan kempen tempatan, nasional, atau antarabangsa dan kesemuanya mampu membentuk perubahan positif di dunia ini.

Avaaz- membawa erti "suara" dalam bahasa di beberapa negara Eropah, Timur Tengah dan Asia. Ia dilancarkan pada 2007 dengan satu misi demokratik: membawa penduduk di semua negara untuk mengurangkan jurang antara dunia yang kita ada dengan dunia yang diinginkan ramai di seluruh dunia. Petisyen Komuniti Avaaz terdapat dalam 15 bahasa, disokong oleh sebuah pasukan yang terletak di 6 benua dan ribuan sukarelawan. Kita mengambil tindakan- menandatangan petisyen, membiayai kempen media dan tindakan secara langsung, melalui e-mel, telefon dan lobi kerajaan, serta menganjurkan protests dan acara "luar talian"-- bagi memastikan pandangan dan nilai penduduk dunia sampai kepada keputusan yang memberi kesan kepada kita semua.

Klik sini untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Avaaz