×
DALAM SEKSYEN INI:
Bantuan
Mencipta Petisyen Yang Berjaya
Cadangan Untuk Petisyen Yang Efektif
Sepanjang lima tahun yang lalu, komuniti Avaaz telah menjayakan kempen yang tidak terkira melalui tindakan atas talian. Setiap petisyen adalah unik namun berikut adalah beberapa ciri-ciri persamaan bagi petisyen yang berjaya.
Antara penemuan besar dalam kempen Avaaz dipaparkan di bawah.
Mengubah dunia ini telah menjadi lebih mudah.
Bagaimana petisyen kami berfungsi?
Langkah-langkah menilai idea dan menterjemahkan kepada perubahan politik melalui petisyen atas talian.
MEMBINA PETISYEN ANDA
Tajuk adalah bahagian pertama petisyen anda yang akan dilihat -- jika ia tidak dapat menarik perhatian mereka, mungkin ia adalah yang terakhir! Belajar bagaimana untuk membina petisyen anda yang menonjol dengan tajuk yang menyentuh orang ramai.
MENULIS TEKS PETISYEN
Ini merupakan hujah utama sebab orang harus menandatangan dan apa yang harus dilakukan oleh sasaran-- jadikannya efektif dan masukkan pengajaran utama daripada kempen lain yang telah berjaya.
MENETAPKAN MATLAMAT ANDA
Kekuatan Petisyen anda terletak pada tuntutan yang dinyatakan. Pastikan anda menetapkan "tuntutan" yang betul bersama-sama dengan petunjuk yang berguna berikut.
MEMILIH SASARAN
Pemilihan sasaran yang tepat boleh membawa kejayaan yang jauh lebih mudah. Baca tentang cadangan ini untuk memilih sasaran yang tepat bagi petisyen anda.
MEMILIH GAMBAR
Sekeping gambar bersamaan dengan seribu perkataan. Bantu petisyen anda untuk menyampaikan lebih banyak perkara dengan satu gambar yang hebat.
SEBARKAN PETISYEN ANDA
Kekuatan petisyen anda bergantung kepada jumlah orang yang menandatangannya. Lebih daripada 14 juta orang telah menyertai petisyen Avaaz dalam beberapa tahun sahaja. Baca tentang kaedah yang boleh memperkukuhkan petisyen anda di sini.
Mulakan petisyen anda
Platform Petisyen Komuniti Avaaz menyokong beribu-ribu orang untuk memulakan dan menjayakan kempen di peringkat tempatan, nasional, dan antarabangsa!