Dengan meneruskan, anda menerima Dasar Privasi Avaaz yang menjelaskan tentang bagaimana data boleh digunakan dan dilindungi.
Ya

Bantuan

Bagaimana Untuk Mulakan Petisyen Dalam Talian

Rangka untuk mencipta petisyen dalam talian yang berjaya


BERMULA DENGAN IDEA YANG BAIK


Setiap petisyen yang baik bermula dengan idea yang baik. Apakah perkara yang anda harap supaya ia boleh menjadi berbeza berbanding sebelumnya dan boleh direalisasikan dengan adanya dorongan yang secukupnya?

PERCAYA PADA DIRI ANDA


Pengalaman, perasaan, dan gerak hati anda adalah antara parameter yang baik. Jika anda merasakan sesuatu perkara itu tidak adil dan tindakan harus diambil, berkemungkinan besar orang ramai juga berkongsi pandangan yang sama.

BINA PETISYEN DENGAN TIGA LANGKAH YANG MUDAH


menterjemahkan idea ke dalam bentuk tindakan hanya semudah 1, 2, 3 dengan adanya Petisyen Komuniti Avaaz! Berikut adalah langkah-langkahnya:

  1. Permulaan: Masukkan maklumat asas mengenai petisyen anda -- apa yang anda inginkan, kepada siapa anda tujukan dan mengapa tuntutan itu dibuat?
  2. Pelancaran: Semak petisyen anda, sunting perkara-perkara yang ingin diubah, dan menjadikannya mesra orang ramai untuk ditandatangan.
  3. Perkongsian: Anda sudah bersedia untuk bertindak. Kini, sebarkan petisyen anda kepada orang ramai-- petisyen anda tidak akan menerima tandatangan secara sendirinya!

Tidak sabar lagi untuk memulakan sebuah petisyen? Klik sini untuk membina petisyen anda di Avaaz sekarang!
https://www.avaaz.org/community_petitions/ms/start_a_petition/

BINA, BINA, BINA


Setelah anda membina petisyen anda, kini beralih kepada usaha untuk mengumpul tandatangan.
Klik sini untuk mendapatkan cadangan mengenai bagaimana untuk melakukannya dengan efektif:
https://www.avaaz.org/community_petitions/ms/how_to_promote_your_petition/

SAMPAIKAN PETISYEN ANDA


Apabila anda telah bersedia untuk menyerahkan petisyen anda, tiba masanya untuk memastikan bahawa petisyen anda boleh berjaya mencapai matlamat. Perkara yang paling mudah untuk dilakukan ialah menghantar surat kepada pihak berkenaan melalui e-mel dan melampirkan senarai tandatangan petisyen. Kemudian, menghubungi mereka dengan telefon untuk mengesahkan mereka menerima surat anda. Namun jangan teragak-agak untuk menggunakan kreativiti anda-- anda bebas untuk menggunakan petisyen tersebut! Anda boleh mempertimbangkan saluran luar talian seperti menyerahkan petisyen secara bersemuka, mengadakan perjumpaan, melakukan aksi yang boleh meninggalkan kesan di ingatan mereka atau mendapatkan perhatian media, dan segala yang boleh anda fikirkan.

TERUSKAN PERJUANGAN


Menyerahkan petisyen anda sekali sahaja mungkin memadai untuk berjaya-- tetapi mungkin tidak. Bagi sesetengah orang, ini hanyalah langkah pertama dalam sebuah kempen yang besar. Fikirkan isu tersebut dari sudut pandangan pihak sasaran anda-- apakah yang diperlukan supaya anda akan bertindak jika anda berada di posisi mereka? Ini mungkin bermakna melakukan sesuatu yang lebih baik, penyerahan secara langsung, atau mengumpul sokongan yang lebih besar bagi mengukuhkan petisyen anda. Mereka juga mungkin akan bertindak dengan lebih baik jika isu tersebut berada dalam media dan berita yang anda boleh cuba laporkannya.