Dengan meneruskan, anda menerima Dasar Privasi Avaaz yang menjelaskan tentang bagaimana data boleh digunakan dan dilindungi.
Ya

Bantuan

Menentukan Sasaran Petisyen Anda

Sasarkan petisyen anda kepada orang yang tepat


Sasaran adalah individu yang anda tuntut untuk mengambil sesuatu tindakan. Pemilihan sasaran yang tepat boleh membezakan antara petisyen yang berjaya dengan petisyen yang tidak dikenali orang. Namun, membuat keputusan tentang siapa orang itu seringkali sukar. Berikut adalah beberapa perkara untuk difikirkan semasa menentukan sasaran anda:

MENGENAI SASARAN ANDA:


  • Sasaran anda haruslah mampu membuat keputusan. Jika mereka memerlukan kelulusan daripada seseorang yang berada di atasnya, cuba mempertimbangkan untuk sasarkan individu yang lebih berkuasa tersebut. Orang yang bertanggungjawab dalam pembelian perabot daripada syarikat perabot mungkin memerlukan kelulusan ketuanya untuk beralih kepada perabot yang mesra alam sekitar. Apabila dilema antara dua sasaran, lebih baik pilih orang yang lebih berkuasa.
  • Sasaran itu haruslah seorang individu, bukan kumpulan atau badan. Anda hendaklah menyasarkan pengerusi jawatankuasa parlimen, bukan 'parlimen'; menteri besar, bukan 'negeri'; CEO, bukan 'syarikat.' Anda boleh menyasarkan beberapa individu, seperti dua orang ahli majlis perbandaran.
  • Sasaran itu adalah orang. Mereka mempunyai emosi, matlamat kerjaya, rakan, keluarga, dan semua yang terdapat pada orang lain. Cuba memikirkan tentang bagaimana perkara ini boleh mempengaruhi keputusan mereka terhadap isu anda dan apa yang diambil berat oleh mereka. Jika anda sedar bahawa individu tersebut merancang untuk bersara tahun depan, mereka tidak berhasrat untuk dilantik semula namun mereka mungkin kisah akan pencapaiannya.

SOALAN YANG DIPERTIMBANGKAN:


Keputusan tentang siapa yang diperlukan untuk memenuhi tuntutan petisyen anda.
  • Sasaran itu hendaklah seseorang yang sedang berkuasa untuk memberikan apa yang anda inginkan.
  • Sasaran itu haruslah mampu melaksanakan penyelesaian bagi tuntutan yang anda ajukan.
Adakah individu tersebut akan bertindak?
Orang yang berkuasa juga seringkali orang yang sukar untuk didekati.
  • Bagi sebuah syarikat: CEO adalah sasaran yang paling sesuai tetapi mungkin beliau sangat sibuk. Sasaran anda adalah pembuat keputusan pada masa yang sama anda mestilah berkomunikasi dengan orang lain di syarikat tersebut, seperti mereka di bahagian media bagi memastikan anda mempunyai seseorang yang boleh memberi perhatian terhadap individu yang boleh mendekati pembuat keputusan itu.
  • Bagi sebuah kerajaan: Ketua kerajaan sering mempunyai kuasa yang besar tetapi tidak melibatkan diri dalam kebanyakan keputusan di negara tersebut. Adakah isu anda cukup besar untuk berada dalam agenda mereka? Mungkin menteri di kabinet atau ahli kongres adalah pilihan yang tepat.