Dengan meneruskan, anda menerima Dasar Privasi Avaaz yang menjelaskan tentang bagaimana data boleh digunakan dan dilindungi.
Ya

Bantuan

Menulis teks petisyen yang efektif

Menuntut tindakan dan menerima hasilnya


Ini adalah tempat anda meyakinkan orang ramai untuk menandatangan petisyen anda. Gunakan peluang ini untuk menerangkan masalah, mengenalpasti penyelesaian dan menyatakan siapa yang boleh membawa perubahan tersebut, serta menjelaskan bagaimana tindakan anda boleh mendorong kepada penyelesaian masalah. Anda juga perlu memberikan fakta penting untuk menyokong hujah anda. Mereka yang tidak biasa dengan sesuatu perkara, sungguhpun berminat, tidak akan membaca keseluruhan kandungannya, pastikan penjelasan anda mudah untuk difahami.

ELEMEN UTAMA

  • Krisis: Bermula dengan berterus terang pada perkara yang ingin mencapai perubahan. Ia boleh dirangka sebagai satu krisis yang menuntut tindakan daripada kita.
  • Peranan kita dalam perubahan: Ini adalah kisah mengenai bagaimana petisyen boleh membawa kepada terbentuknya penyelesaian-- fikirkan tentang siapa yang anda sasarkan dan bagaimana peranan tekanan daripada orang ramai boleh mempengaruhi keputusan mereka.
  • Tuntutan: Pastikan menjemput pembaca untuk mengambil tindakan. Anda juga boleh menjelaskan dengan lebih lanjut terhadap tuntutan tersebut secara spesifik.
  • Maklumat sokongan: Adakah terdapat maklumat yang perlu diketahui oleh penyokong? Mungkin ya, terdapat sejarah yang memerlukan penerangan atau kritikan yang perlu dijelaskan.

PETUA

  • Mengelakkan diri daripada pendahuluan yang panjang dan terus kepada masalah (ia adalah sukar!).
  • Jelaskan elemen masa-- mengapakah sekarang? Apakah yang mendesak?
  • Jika tidak pasti, keluarkannya-- jika anda tidak mengetahui sama ada sesuatu perkara itu perlu dimasukkan atau tidak, bermungkinan tidak perlu sama sekali.
  • Sentiasa meletakkan pembaca anda di dalam minda-- anda perlu memotivasikan orang ramai untuk menandatangan pada masa yang sama menyedari bahawa sasaran anda akan mengunjungi laman anda (terutamanya anda memberi tekanan yang cukup tinggi).

Sudah bersedia? Mulakan petisyen anda sekarang!